Jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 8,336 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,244 kes.
Daripada jumlah kes positif baharu, 6 kes adalah kes import dari luar negara dan 1 kes adalah dari bukan warganegara Malaysia.
Ini adalah pencapaian terbaik negara kerana tiada kes penularan dari warganegara Malaysia.
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkaitan penularan wabak COVID-19.